Pergerakan harga emas mula perlahan pada Selasa semalam apabila corak kejatuhan yang berterusan dipaparkan sejak minggu sebelum ini.
Dengan jangkaan untuk US dolar terus mengukuh, harga emas dijangkakan terus alami penyusutan lebih dalam.
Namun, penurunan harga tidak diteruskan semalam apabila harga bergerak lebih mendatar ketika pasaran berhati-hati menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu.
Pergerakan harga boleh dilihat pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Penurunan diteruskan pada pembukaan awal minggu sehingga paras terendah terbaru dicecah pada sesi Asia semalam sekitar 1816.00.
Harga sedikit meningkat di sesi Eropah namun terhalang pada paras 1830.00 yang menjadi rintangan semasa buat harga sebelum mendatar di bawahnya sehingga berakhirnya sesi New York.
Pergerakan harga kekal dalam trend bearish bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pergerakan harga kekal mendatar di sesi Asia dan Eropah hari ini (Rabu), namun penganalisis menjangkakan bakal ada pergerakan menarik di sesi New York berikutan reaksi pelabur terhadap data pekerjaan ADP AS yang akan diterbitkan.
Untuk jangkaan bagi penurunan yang diteruskan, harga emas diramalkan untuk mencecah paras tumpuan 1800.00.
Ini akan menjadi rekod terendah terbaru harga untuk tahun 2023 setelah mengatasi paras dicecah pada Februari lalu.
Manakala untuk jangkaan kenaikan harga pula, rintangan pada 1830.00 perlu dilepasi terlebih dahulu sebagai isyarat awal untuk pertukaran trend harga.
Seterusnya harga yang membuat kenaikan dilihat akan menuju paras 1855.00 atau 1870.00 untuk menguji semula paras-paras yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG