Analisis GOLD – Harga Emas Terus Dibedal Hingga Kecundang Lebih Rendah

1,915

Dolar greenback kekal memaparkan penguasaan pada penghujung September dan telah mendorong harga emas untuk terus menyusut sehingga ke zon sokongan 1720.00.

Peningkatan US dolar yang didorong oleh sentimen pasaran semasa serta kenaikan hasil bon AS 10 tahun telah memandu pergerakan harga emas untuk melayani curaman yang lebih rendah.

Selain itu, harga emas turut dipacu oleh perkhabaran Federal Reserve (Fed) yang bakal melaksanakan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) dalam masa yang terdekat yang kembali menjadi tumpuan pelabur.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kelihatan telah melepasi paras 1740.00 untuk melengkapkan corak descending triangle jika dilihat pada timeframe 1 jam.

Pergerakan harga dilihat sedikit meningkat untuk kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1740.00 sebelum membuat reversal dan kembali susut menguji zon sokongan 1720.00.

Memasuki sesi Eropah hari ini (Khamis), harga dilihat bergerak sedikit perlahan untuk didagangkan di paras 1732.00 bagi menantikan pergerakan yang lebih drastik pada sesi New York malam ini.

Penganalisis menjangkakan bahawa harga emas berupaya untuk mencecah zon sokongan utama 1700.00 yang merupakan zon kukuh dalam menyokong semula lonjakan harga.

Sekiranya pergerakan harga emas kembali melonjak, rintangan pada zon SBR terbaharu sekitar 1740.00 bakal diuji sekali lagi sebelum dijangka kembali mempamerkan kenaikan yang lebih ‘garang’.

Peningkatan yang lebih tinggi berkemungkinan mampu menyokong harga emas untuk menuju ke zon SBR 1760.00 bagi menayangkan isyarat perubahan trend.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat