Analisis GOLD – Harga Kekal Mendatar, Apa Kesudahan Emas Menuju Penghujung Minggu?

779

Selepas mesyuarat FOMC minggu lalu, pelabur menyaksikan dagangan emas melompat semula selepas memaparkan penurunan sebelum itu.

Namun, kenaikan harga tersekat setakat paras $1,950 sebelum mendatar di bawah paras tersebut sehingga dagangan bersambung ke hari ini seperti yang diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Walaupun masih belum jelas, namun terdapat tanda-tanda untuk harga bergerak bearish selepas ini susulan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Pergerakan emas masih dipacu oleh US dolar yang gagal menentukan arah yang jelas sementara krisis perang antara Rusia dan Ukraine masih dipantau.

Beberapa faktor yang dilihat akan menyokong pengukuhan US dolar semula seperti lonjakan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) ke paras ketinggian baru, boleh memberi tekanan terhadap harga emas untuk susut lebih rendah.

Penurunan harga dilihat akan menguji paras sokongan pada 1900.00 selepas paras tersebut berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga pada dagangan minggu lalu.

Sekiranya penurunan harga melepasi paras tersebut, paras tumpuan seterusnya yang dilihat bakal diuji adalah pada 1870.00 sebelum menyambung penurunan menuju pula ke sekitar 1830.00 yang lebih rendah.

Namun, waspada jika harga tiba-tiba membuat kejutan dengan lonjakan selepas lama mendatar, kenaikan harga bakal menguji rintangan 1950.00 sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Kenaikan lanjut harga bakal mensasarkan untuk mencapai semula paras tumpuan 2000.00 selepas harga susut dari paras tersebut pada dagangan minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat