Analisis GOLD – Harga Tersekat Di Skala $1,760, Mana Emas Nak Pergi Ni?

1,297

Harga emas nampaknya masih tersekat di zon SBR (support become resistance) $1,760 dengan sedikit menyusut setelah menghasilkan corak head and shoulders pada rangka masa 1 jam.

Namun memasuki penghujung sesi Eropah pada hari ini (Isnin), penurunan tersebut dilihat hanya mampu menguji paras $1,750 yang mana ia merupakan paras terendah ketika dagangan Jumaat lalu.

Jika dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga emas telah menunjukkan isyarat perubahan trend bullish setelah didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Harga emas dijangka berupaya untuk melonjak lebih agresif setelah US dolar dan hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang dilihat masih lagi pamerkan penyusutan.

Akan tetapi penerbitan laporan pekerjaan NFP AS pada minggu ini bakal menjadi tumpuan hangat untuk dinilai oleh para pelabur bagi menentukan pergerakan harga emas.

Pelabur juga dijangka bakal menilai harga emas untuk kembali menguji zon SBR 1760.00 dan memperlihatkan kemampuan untuk jangkaan pergerakan selanjutnya dalam menguji zon SBR 1780.00

Trend kenaikan pergerakan harga emas yang lebih tinggi berkemungkinan berupaya mencapai zon rintangan 1800.00 untuk mencipta paras tertinggi 11 hari dagangan.

Namun sekiranya harga pada carta XAU/USD menyangkal trend kenaikan yang dipamerkan pada ketika ini, harga dijangka akan menguji zon RBS (resistance become support) 1740.00.

Penurunan yang lebih ketara bakal menyaksikan harga emas kembali menguji zon sokongan sekitar 1720.00 yang mana ia telah menjadi zon untuk menyokong peningkatan harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat