Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat bergerak mendatar pada Khamis semalam selepas pasaran menyaksikan lonjakan berlaku di awal minggu.
Pelabur semakin berwaspada ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) semakin hampir diterbitkan.
Laporan pekerjaan ADP yang telah diterbitkan pada Rabu lalu seakan memberi petunjuk awal yang negatif untuk NFP berikutan angka yang merosot.
Pergerakan harga emas akan ditentukan oleh kekuatan mata wang US dolar dengan reaksi pada laporan diterbitkan sesi New York nanti.
Setakat Rabu lalu, harga emas telah berjaya meningkat hampir menyentuh paras 1950.00 sebelum mendatar sepanjang Khamis semalam di bawah paras itu.
Pelabur berhati-hati dengan isyarat awal untuk pergerakan bearish apabila harga mula berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut hari ini.
Sekiranya US dolar mengukuh selepas ini, harga dijangka akan menjunam di bawah 1930.00 atau kembali menguji 1920.00 yang berada di zon RBS (resistance become support).
Jika tembus lebih rendah, sasaran penurunan harga akan beralih ke paras 1900.00 pula, antara paras penting yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Sementara, jika berlaku lonjakan, rintangan terhampir pada 1950.00 akan ditembusi untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru.
Lebih bullish, harga bakal meneruskan corak kenaikan sebelum ini dan berpotensi mencapai sehingga ketinggian 1980.00.
Perlu diingatkan bahawa pergerakan harga boleh mencapai julat yang besar ketika reaksi terhadap data NFP diterbitkan kerana ia menjadi indikator penting buat Federal Reserve (Fed) untuk menentukan dasar monetari.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG