Dagangan emas pada penghujung minggu lalu dilihat bergerak lebih mendatar di sekitar zon $2,400 dengan tidak meneruskan corak lonjakan yang berlaku pada Khamis.
Pelabur optimis harga emas akan bergerak ke paras lebih tinggi selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan lemah membuatkan US dolar alami kemerosotan, sekaligus menyokong peningkatan harga emas dalam pasaran.
Pelabur meneliti pergerakan logam kuning pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Pada Khamis, harga telah pamerkan lonjakan dari paras 2380.00 hingga ke puncak 2420.00, namun kembali semula ke sekitar 2400.00 ketika menghampiri penghujung minggu.
Secara teknikal, harga emas masih bergerak dalam trend bullish melihatkan harga berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pergerakan harga di awal minggu ini dilihat masih berlegar sekitar 2400.00 dan menguji paras sokongan MA50 di awal sesi Eropah.
Jika US dolar kekal lemah, harga emas berpotensi melanjutkan peningkatan ke paras lebih tinggi dengan sasaran awal untuk melepasi paras 2430.00.
Seterusnya harga akan catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini untuk menuju sasaran lebih tinggi hingga sekitar 2500.00.
Sementara, sekiranya harga emas kecundang semula selepas ini, penurunan awal harga dijangka akan memberi reaksi di sekitar 2380.00 dahulu.
Dengan penurunan yang berterusan, pelabur perlu bersiap sedia untuk menyaksikan harga menyusur turun menuju zon tumpuan pada 2300.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG