Analisis GOLD – Kekal Menjunam, Paras $1,700 Sasaran Berikutnya?

1,062

Harga emas turut menjunam ketara pada minggu lalu selepas mesyuarat FOMC yang menyaksikan pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

Namun, pada minggu sebelumnya lagi dagangan emas sudah pun menunjukkan tanda-tanda untuk permulaan trend bearish selepas harga mencapai paras $1,900.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, paras 1900.00 dilihat sebagai zon rintangan harga setelah beberapa kali gagal ditembusi sebelum pelabur melihat penurunan harga berlaku.

Pada minggu lalu, penurunan harga yang telah berjaya tembusi zon RBS (resistance become support) 1800.00 menyambung penurunan sehingga ke zon support 1765.00 seperti yang dijangkakan penganalisis.

Ini adalah paras terendah harga catatkan bagi tempoh dagangan 7 minggu.

Dengan momentum yang dipaparkan, pelabur bakal bersedia untuk penurunan yang lebih rendah pada minggu ini.

Dagangan awal minggu ini walau bagaimanapun pamerkan kenaikan sejak sesi Asia bermula menguji meningkat lebih 150 pips dari paras sokongan 1765.00 dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di awal sesi Eropah.

Kenaikan harga hanya dijangka untuk menguji paras 1800.00 yang akan menjadi rintangan sebelum harga menyambung penurunan semula.

Manakala penurunan lebih rendah di bawah paras 1765.00 akan dilihat akan menguji pula paras 1745.00 sebelum meneruskan penurunan ke paras tumpuan seterusnya pada 1720.00.

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat kenaikan semula di atas paras 1800.00, paras tumpuan harga dilihat pada zon 1720.00 sebelum menuju ke zon SBR (support become resistance) 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat