Analisis GOLD – Kenaikan Harga Bakal Atasi Rintangan $1,850

1,186

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pastinya menjadi tumpuan ramai pelabur pada minggu ini dengan corak pergerakan meningkat yang dipaparkan harga.

Setelah melonjak melepasi semula paras 1800.00 pada Jumaat lalu, harga meneruskan kenaikan pada minggu ini dan sehingga sesi New York semalam, kenaikan hampir mencecah paras ketinggian 1850.00.

Kenaikan harga emas dilihat terus disokong oleh faktor penyusutan US dolar dalam pasaran bermula pada terbitan laporan pekerjaan NFP AS penghujung minggu lalu.

Dengan pergerakan harga yang dipacu oleh US dolar, pelabur akan berhati-hati menjelang sesi New York malam ini untuk terbitan data inflasi AS.

Selepas menutup dagangan sedikit rendah pada penghujung sesi New York sebelum ini, harga emas kembali menunjukkan kenaikan semula namun masih berlegar di bawah paras rintangan 1850.00 sehingga sesi Eropah hari ini.

Jika harga berjaya kekal dalam trend bullish, paras 1850.00 bakal ditembusi dan seterusnya harga akan menuju semula zon resistance 1875.00.

Namun sekiranya berlaku penurunan semula harga emas, paras sokongan harga dilihat pada zon RBS (resistance become support) pada 1820.00 sebelum penurunan lebih rendah dijangkakan menuju 1800.00.

Seterusnya pada support harga yang dicecah pada minggu lalu sekitar 1785.00 akan menjadi tumpuan dan dinilai sama ada harga mampu melepasi penurunan lebih rendah dari paras tersebut.

Pantau juga sentimen pasaran yang mempengaruhi dagangan US dolar yang memberi kesan terhadap nilai emas semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat