Harga emas bergerak mendatar pada dagangan Khamis semalam selepas rintangan pada paras harga $1,950 masih belum berjaya diatasi minggu ini.
Pelabur yang kekal berwaspada terhadap perkembangan krisis perang Rusia-Ukraine semalam menyaksikan harga emas masih lagi menunjukkan peningkatan walaupun pada kadar pergerakan yang perlahan.
Pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga emas sedikit melonjak susulan reaksi pasaran terhadap laporan serangan tentera Rusia ke atas loji kuasa nuklear di Ukraine pada pagi ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat sekali lagi membuat kenaikan menguji paras 1950.00 di awal sesi Asia hari ini.
Rintangan tersebut juga turut diuji sebelum ini pada sekitar Rabu lalu namun gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Pelabur masih menjangkakan kenaikan harga emas untuk menuju semula ketinggian yang dicapai minggu lalu pada 1974.00 ketika perang mula tercetus.
Berkemungkinan pelabur juga sedang memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.
Harga juga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat bahawa emas masih bergerak dalam trend bullish.
Sekiranya kenaikan harga berjaya tembusi rintangan 1950.00, zon ketinggian 1974.00 minggu lalu akan menjadi sasaran seterusnya.
Dan harga juga berpotensi untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut untuk mencatatkan rekod harga tertinggi terbaru sejak Ogos 2020 dengan sasaran pada paras 2000.00.
Sebaliknya, jika harga emas menjunam semula, pelabur akan menjangkakan harga akan susut ke paras sekitar 1900.00 sebelum penurunan lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) 1870.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG