Analisis GOLD – Lepas Capai Paras Tertinggi Baru, Emas Junam Semula Ke $2,000!

754

Sedikit mengecewakan pelabur emas pada penutup dagangan minggu lalu apabila nilai logam berharga itu menjunam semula ke paras $2,000.

Pada minggu lalu, corak kenaikan harga emas telah dipaparkan sehingga paras tertinggi berjaya dicapai pada sekitar $2,048 menjadi rekod tertinggi harga sejak Mac 2022.

US dolar yang kembali kukuh pada penghujung minggu telah menekan jatuh semula harga emas lebih rendah, namun penganalisis menjangka harga berpotensi untuk naik lebih tinggi pada minggu-minggu berikutnya.

Isyarat lebih jelas untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan dasar monetari setelah data inflasi Amerika Syarikat (AS) semakin menunjukkan penurunan.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan terjunan berlaku pada Jumaat lalu kembali ke zon tumpuan 2000.00.

Peningkatan perlahan harga dipaparkan di awal minggu ini ke sekitar paras 2011.00 di sesi Eropah.

Namun, terdapat isyarat bearish buat harga emas yang sedang berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Jika kenaikan harga berjaya melepasi halangan MA50 dan zon 2030.00, perubahan semula trend yang lebih bullish akan dijangkakan.

Seterusnya, harga berpotensi melanjutkan kenaikan mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu dengan sasaran utama untuk menuju zon 2070.00

Sebaliknya jika harga emas menjunam lebih rendah melepasi bawah zon 2000.00, akan menjadi amaran buat pelabur untuk menjangkakan kejatuhan harga yang lebih dalam.

Harga boleh susut menuju zon tumpuan sebelum ini pada sekitar 1950.00 sebelum penurunan yang diteruskan akan mensasarkan pula 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat