Analisis GOLD – Lepas Tembus Balik $2,000, Harga Emas Tuju $2,030?

549

Pemulihan harga emas pada penutupan dagangan penghujung minggu lalu kembali mengubati luka di hati para pelabur setelah terjunan harga pada mulanya ke bawah paras $2,000.

Ketika pengukuhan US dolar pada Selasa minggu lalu susulan reaksi pada data inflasi pengguna di Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan, harga emas dihentam jatuh.

Namun, situasi kembali berubah pada penghujung minggu yang menyaksikan harga kembali bangkit semula untuk mengurangkan kerugian yang dihadapi.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kejatuhan harga minggu lalu telah mencecah sekitar 1984.00.

Namun menuju penghujung minggu dapat dilihat harga membuat kenaikan semula melepasi paras 2000.00.

Pada Jumaat, harga sedikit turun menguji paras 2000.00 sebelum melantun naik semula untuk ditutup di paras sekitar 2013.00 pada sesi terakhir minggu itu.

Pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi indikasi untuk trend bullish buat emas.

Kenaikan perlahan harga diteruskan pada pembukaan awal minggu ini dengan harga mendatar di sekitar paras 2020.00.

Zon 2030.00 dilihat akan menjadi tumpuan bakal diuji untuk kenaikan harga jika diteruskan selepas ini.

Dan untuk kenaikan lebih tinggi melepasi zon itu, paras 2050.00 akan menjadi sasaran berikutnya.

Namun jika berlaku penurunan semula, akan menjadi kebimbangan buat pelabur apabila harga emas kembali hampiri paras 2000.00.

Lebih parah jika harga susut di bawah paras itu yang akan menjadi isyarat amaran untuk kejatuhan emas selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat