Analisis GOLD – Lonjakan Harga Emas Terbantut Di Paras Rintangan $1,950

1,078

Lonjakan semula harga emas pada dagangan Khamis semalam selepas reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC telah melegakan hati para pelabur emas selepas penurunan yang berlarutan sejak minggu lalu.

Namun, pergerakan harga mula suram selepas harga mendatar berbanding jangkaan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Seperti yang diperhatikan pada pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya dilihat telah melonjak dari paras sokongan 1900.00.

Memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula, harga telah membuat kenaikan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga mencapai ke paras tumpuan 1950.00.

Namun selepas kenaikan mencapai paras tumpuan tersebut, harga gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi malah susut dan mendatar di bawah paras tersebut sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat).

Setakat sesi Eropah, penurunan harga masih disokong oleh paras sokongan MA50 sementara pelabur berhati-hati menantikan pembukaan sesi pasaran New York yang menjangkakan pergerakan harga lebih aktif sebelum menutup dagangan minggu ini.

Jika kenaikan harga emas berjaya diteruskan lagi, melepasi rintangan pada 1950.00 akan menguji pula zon tumpuan sekitar 1970.00.

Kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga menuju semula zon ketinggian yang dicapai minggu lalu pada 2070.00 selepas melepasi dahulu rintangan pada paras 2000.00

Namun jika harga kembali menjunam semula, paras sokongan pada 1900.00 bakal kembali diuji semula seperti dagangan semalam.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menguji pula paras sekitar 1870.00 sebelum sasaran lebih rendah untuk trend bearish harga emas adalah menuju sekitar 1830.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat