Analisis GOLD – Lonjakan Inflasi AS Dorong Harga Emas Kembali Terpacak

788

Kejutan demi kejutan buat pelabur di penghujung minggu lalu!

Susulan lonjakan inflasi Amerika Syarikat (AS) ke paras tertinggi terbaru, harga emas turut ‘melompat’ semula sebelum dagangan minggu lalu melabuhkan tirai selepas papar corak penurunan harga pada dagangan sebelum itu.

Bacaan data inflasi (CPI) tahunan AS yang diramal kekal pada 8.3% diterbitkan dengan angka meningkat kepada 8.6% untuk Mei, iaitu tertinggi sejak Disember 1981, membuatkan harga emas melonjak sekitar 500 pips sehingga ke penghujung dagangan sesi terakhir minggu tersebut.

Emas sebagai aset kalis inflasi telah melonjak susulan terbitan data tersebut selain pasaran ekuiti AS alami penurunan semula dan pelabur kini semakin yakin menjangkakan untuk Federal Reserve (Fed) akan mengetatkan dasar atas kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi itu.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada Jumaat lalu, harga pada mulanya membuat penurunan mencecah paras 1830.00 sebelum pasaran menyaksikan lonjakan drastik logam kuning itu sehingga mencapai semula ke zon rintangan 1870.00. 

Bersambung pada pembukaan dagangan pasaran awal minggu ini,  pergerakan harga tidak meneruskan kenaikannya, sebaliknya membuat penurunan sekitar 170 pips pada sesi Asia kembali bergerak semula di bawah zon 1870.00.

Sekiranya zon 1870.00 masih tidak berjaya ditembusi pada minggu, ini akan menjadikan minggu ketiga berturut-turut zon tersebut menghalang cubaan kenaikan harga emas.

Sekiranya emas meneruskan penurunan lebih rendah hari ini, harga dilihat bakal menguji semula zon sekitar 1850.00 yang turut menjadi antara zon tumpuan harga sebelum ini.

Penurunan yang diteruskan melepasi zon tersebut akan kembali menguji semula paras sokongan 1830.00 yang dicecah Jumaat lalu untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon RBS (resistance become support) tersebut.

Namun, jika emas meneruskan corak kenaikan semula selepas pamer lonjakan bertenaga minggu lalu, melepasi zon rintangan pada 1870.00 akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu buat emas dengan sasaran adalah menuju zon ketinggian pada 1900.00.

Sekiranya kenaikan harga masih berjaya diteruskan dan harga menembusi zon rintangan tersebut, sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah pada 1950.00 untuk terus merekodkan catatan paras tertinggi terbaru lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat