Analisis GOLD – Mampu Ke Emas Bangkit Semula?

1,990

Lebih parah apabila pelabur terpaksa menyaksikan kejatuhan ketara dagangan emas pada Khamis semalam susulan pengukuhan berterusan US dolar.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga merosot lebih rendah sehingga ke bawah paras 1800.00 yang dilihat sebagai paras sokongan harga.

Namun selepas harga mencecah ke paras terendah sekitar 1785.00, momentum penurunan mula suram dan harga bergerak perlahan sehingga ke penghujung sesi New York berakhir.

Dagangan emas perlahan bersambung pada sesi Asia pagi ini, namun harga dilihat pamerkan lonjakan semula pada sesi Eropah di atas paras 1800.00.

Pelabur berwaspada terhadap dagangan penghujung minggu berikutan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) akan diterbitkan pada jam 9.30 malam waktu Malaysia.

Pergerakan harga dijangka akan lebih agresif ketika laporan diterbitkan khususnya bagi mata wang US dolar yang turut akan mempengaruhi nilai emas dalam pasaran.

Pelabur masih melihat trend bearish pada carta harga emas dengan pergerakan harga masih di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang akan menghalang kenaikan lebih tinggi.

Melepasi halangan tersebut akan kembali memberikan isyarat perubahan trend bullish pada carta XAU/USD sementara zon rintangan pada 1820.00 akan diuji.

Seterusnya kenaikan semula harga dilihat akan menuju semula ke paras tumpuan 1850.00.

Sebaliknya jika harga kembali menyambung semula penurunan di bawah paras 1800.00, paras terendah yang dicecah harga semalam sektiar 1785.00 akan diuji.

Penurunan harga yang diteruskan akan menuju pula zon support 1765.00 yang menjadi paras sokongan harga pada dagangan November tahun lalu.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat