Analisis GOLD – Mampukah Corak Kenaikan Harga Emas Diteruskan?

1,015

Pelabur berwaspada untuk posisi dagangan dalam pasaran menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dengan jangkaan pelonggaran polisi lebih lanjut oleh Federal Reserve.

Sementara harapan terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan keputusan positif kian menekan dagangan US dolar dalam pasaran minggu ini.

Perkembangan vaksin dengan agihan awal turut memulihkan sentimen pasaran selain rundingan Brexit ketika ini menunjukkan perkembangan baik walaupun pelabur kekal berwaspada.

Penyusutan berterusan US dolar dalam pasaran turut mendorong peningkatan nilai emas dalam sejak semalam.

Pada carta harga XAU/USD, harga telah memulakan kenaikan sejak awal sesi Asia sehingga bersambung ke sesi Eropah dan New York sebelum menutup dagangan dengan mendatar di atas paras 1850.00 pada zon SBR (support become resistance).

Harga masih dilihat berlegar di zon tersebut pada dagangan hari ini (Rabu) dengan jangkaan kenaikan harga bakal diteruskan berikutan pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi bakal menguji kembali zon resistance 1875.00 yang diuji pada minggu lalu sebelum penurunan semula berlaku.

Sekiranya harga emas mengalami kejatuhan semula dan melepasi paras sokongan MA50, paras sokongan mingguan sekitar 1820.00 akan diuji sebelum penurunan yang diteruskan akan menuju ke paras tumpuan 1800.00.

Pelabur akan terus memantau isu-isu utama dalam pasaran yang mempengaruhi sentimen pasaran dan juga pergerakan nilai dagangan emas semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat