Analisis GOLD – Mampukah Emas Kekal Bertahan Di Atas $1,800?

1,197

Momentum lonjakan harga emas pada penghujung minggu lalu dilihat gagal untuk diteruskan pada dagangan awal minggu ini menyaksikan pergerakan harga yang lebih mendatar.

Dagangan emas yang dipengaruhi oleh pergerakan US dolar sukar untuk memberi petunjuk arah yang jelas buat pelabur berikutan faktor semasa yang dilihat bercampur.

Pengukuhan US dolar pada Selasa semalam dijangka bersifat sementara ekoran faktor pengambilan keuntungan (profit taking) oleh pelabur pada penutupan dagangan Ogos.

Sentimen dovish dasar monetari oleh Federal Reserve susulan kenyataan Pengerusi Jerome Powell pada persidangan ekonomi Jackson Hole lalu akan terus memberi tekanan buat US dolar sementara pelabur juga masih berwaspada menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di awal minggu ini menyaksikan ketinggian dicapai pada pembukaan pasaran Isnin di paras 1823.00.

Namun kenaikan gagal diteruskan dan harga mula susut hampir menyentuh paras 1800.00 pada dagangan Selasa semalam.

Harga emas walau bagaimanapun belum meneruskan penurunan lebih lanjut dengan peningkatan semula harga berlegar di atas zon 1810.00 bersambung pada dagangan Rabu.

Harga yang mampu membuat lonjakan lebih tinggi diharapkan oleh pelabur untuk mencapai paras 1830.00 yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini.

Zon rintangan tersebut telah diuji pada penghujung Julai dan di awal Ogos lalu, namun harga gagal tembusi ke paras lebih tinggi.

Melepasi paras tersebut akan mendorong kenaikan harga menuju zon rintangan seterusnya berada pada ketinggian 1850.00.

Sebaliknya jika harga menunjukkan penurunan semula, zon 1800.00 akan diuji untuk isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.

Penurunan yang diteruskan melepasi zon tersebut dijangka untuk kembali semula ke paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1765.00 dan juga 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat