Analisis GOLD – Mampukah Emas Tembus $1,870 Menjelang Laporan NFP?

635

Dagangan emas masih bertahan daripada susut lebih rendah walaupun terdapat tanda-tanda penurunan harga pada carta emas minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah memaparkan corak penurunan minggu lalu selepas menguji paras rintangan pada zon 1870.00.

Namun penurunan harga sekadar mencecah ke paras sekitar 1841.00 sebelum kemudiannya membuat kenaikan semula.

Isyarat bullish dinilai oleh pelabur emas selepas harga masih bertahan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD selepas harga menutup dagangan di sesi terakhir minggu lalu sekitar zon 1850.00.

Memulakan dagangan pada sesi Asia hari ini, harga paparkan kenaikan semula dan dilihat zon rintangan pada 1870.00 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji harga.

Terdapat sedikit penurunan harga di awal sesi Eropah, namun pelabur meletakkan harapan untuk melihat logam kuning berharga itu terus menyusur lebih tinggi lagi pada minggu ini.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi zon rintangan pada 1870.00 akan sedikit melegakan pelabur sebelum menjangkakan kenaikan lebih tinggi akan menuju pula kepada zon 1900.00.

Kenaikan harga ke zon tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru emas untuk tempoh 4 minggu.

Sebaliknya, jika minggu ini bukanlah minggu yang baik buat emas, penurunan harga berkemungkinan boleh berlaku semula.

Harga yang susut di bawah zon 1850.00 dan bergerak melepasi paras sokongan MA50 akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Harga yang membuat penurunan sehingga melepasi paras terendah minggu lalu selanjutnya bakal menuju ke sekitar 1830.00 untuk menguji pula zon yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat