Pelabur emas di penghujung minggu ini tak boleh teruja sangat sebab nampaknya pergerakan harga logam kuning itu dah mula perlahan semalam.
Sebelum ini berlaku lonjakan ketara harga ketika pasaran memberi reaksi kepada mesyuarat FOMC yang telah menyebabkan mata wang US dolar ketara menyusutan dengan isyarat pelonggaran dasar oleh Federal Reserve (Fed) untuk tahun 2024.
Situasi ini juga turut memberi tempias kepada pergerakan semasa emas dengan lonjakan kukuh untuk paparkan pemulihan semula dari kerugian berterusan sejak awal bulan.
Carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhatikan dengan teliti pada minggu ini.
Setelah lonjakan bertenaga harga dari zon 1980.00 yang menembusi paras 2000.00, harga telah berjaya kekal berada di atas 2030.00 untuk beberapa sesi semalam.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia semalam, sedikit meningkat di sesi Eropah namun tidak berjaya untuk menyentuh paras 2050.00.
Penurunan berlaku semula di sesi New York dengan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) serta tuntutan faedah pengangguran yang catatkan bacaan baik.
Namun pengunduran harga tidak begitu ketara dan terus kekal berlegar di atas paras 2030.00 sehingga dagangan bersambung ke hari ini (Jumaat).
Penganalisis masih melihat kenaikan harga emas akan berlaku lagi, namun rintangan pada paras 2050.00 perlu diatasi terlebih dahulu.
Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasinya, barulah harga dijangka akan menuju sasaran lebih tinggi iaitu sekitar 2070.00 pula.
Namun, tidak mustahil untuk pelabur menyaksikan terjunan semula harga emas pada penutup dagangan minggu ini berikutan berlaku aktiviti profit taking dalam pasaran.
Penurunan harga di bawah 2030.00 bakal menguji paras tumpuan 2000.00 sebelum zon sokongan harga di awal minggu pada 1980.00 bakal dicecah semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG