Analisis GOLD – Masih Ada Harapan Untuk Emas Melonjak Semula?

1,093

Dagangan emas pada sesi New York semalam seperti memberi harapan kepada pelabur dengan corak kenaikan yang dipaparkan, namun belum cukup meyakinkan untuk petunjuk bagi pergerakan bullish harga.

Penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) ke paras rendah memberi ruang untuk harga emas meningkat susulan penyusutan pada nilai US dolar.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar,harga membuat penurunan pada pembukaan sesi pasaran awal minggu sehingga ke paras sekitar 1806.00 menyambung penurunan pada pergerakan harga penghujung minggu lalu.

Kemudian harga emas mula meningkat semula pada sesi New York semalam, namun mencapai paras ketinggian sekitar 1820.00 dan tidak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat pergerakan masih bearish.

Menyambung dagangan pada Selasa, harga kembali bergerak perlahan semula menuju ke zon penurunan harga semalam setakat sesi Eropah.

Penurunan harga yang diteruskan bakal menuju ke paras 1800.00 semula dan pelabur akan mengharapkan zon tersebut sekali lagi menyokong kenaikan semula harga seperti minggu-minggu sebelum ini.

Sekiranya harga menjunam di bawah zon 1800.00, akan memberi petanda buruk untuk kejatuhan lebih rendah harga emas pada dagangan selanjutnya.

Penurunan lebih rendah dilihat akan kembali menuju sehingga ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1765.00 dan 1745.00 semula.

Namun, jika harga berjaya paparkan lonjakan yang lebih meyakinkan, zon rintangan pada 1830.00 yang dicapai minggu lalu akan kembali diuji.

Melepasi zon tersebut akan mendorong kenaikan harga emas lebih tinggi menuju zon SBR (support become resistance) tumpuan pada 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat