Pergerakan US dolar di awal minggu ini kekal diperhatikan para pelabur emas ekoran raja mata wang itu memacu arah pergerakan harga logam kuning selepas dagangan menarik dipersembahkan minggu lalu.
Namun, US dolar yang mendatar sepanjang Isnin semalam gagal memberi arah yang jelas untuk emas yang sekadar berlegar pada zon harga $1,950.
Memerhati pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga bergerak dalam zon mendatar sejak Khamis lalu dengan paras ketinggian 1963.00 yang dicapai dilihat sebagai rintangan semasa buat harga.
Pada sesi New York semalam, berlaku terjunan seketika harga seperti ingin menembusi zon 1950.00, namun harga melantun semula sebelum perlahan dan mengakhiri dagangan penghujung sesi sekitar 1955.00.
Setelah gagal turun di bawah 1950.00, harga yang menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dilihat telah bergerak melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat untuk corak kenaikan minggu lalu akan diteruskan semula.
Namun, pergerakan harga perlahan hingga ke sesi Eropah, sedikit meningkat ke paras ketinggian minggu lalu.
Sekiranya berlaku lonjakan lebih jelas harga yang melepasi ketinggian minggu lalu itu, pelabur akan lebih optimis terhadap pergerakan emas yang dijangka ke paras lebih tinggi lagi.
Kenaikan harga boleh diteruskan menuju zon 1980.00 terlebih dahulu sebelum melanjutkan kenaikan ke ketinggian sasaran pada 2000.00.
Sebaliknya, jika harga emas menjunam di bawah 1950.00 semula, akan menjadi isyarat bearish buat para pelabur untuk bersedia dengan kejatuhan lebih rendah.
Harga bakal susut menuju ke zon RBS (resistance become support) 1940.00 sebelum penurunan mencecah pula sekitar 1920.00 yang merupakan zon tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG