Harga emas alami penyusutan lebih parah pada dagangan Selasa semalam ketika US dolar telah kembali pamerkan pengukuhannya semula.
Ketika aset emas semakin hilang tarikan, US dolar mendapat permintaan dalam sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko.
Penganalisis menumpukan kebimbangan terhadap pertumbuhan aktiviti ekonomi yang lemah di China dan Eropah dengan disokong oleh data-data terbaru yang diterbitkan.
Sentimen pasaran semasa akan terus dipantau dengan kelebihan ketika ini masih memihak kepada US dolar yang dijangka akan mengekalkan lagi pengukuhannya.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang telah mencapai paras ketinggian 1950.00 pada minggu lalu mula memaparkan corak pergerakan yang berbeza minggu ini.
Penurunan harga dipaparkan semalam dengan isyarat bearish di mana harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan ke paras 1926.00 sehingga penghujung sesi New York dilihat bersambung lagi di sesi Eropah hari ini menuju zon penting 1920.00.
Jika zon tersebut turut ditembusi, ini akan menjadi indikasi kritikal harga yang lebih cenderung untuk jatuh lebih rendah.
Harga boleh mencecah semula hingga paras 1900.00 dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk arah pergerakan selanjutnya.
Namun jika harga emas berpatah arah membuat kenaikan semula, melepasi zon 1930.00 akan melihatkan harga cuba untuk tembusi halangan MA50.
Jika berlaku, kenaikan harga bakal menuju semula ke paras rintangan dicapai minggu lalu iaitu ketinggian 1950.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG