Analisis GOLD – NFP Belum Keluar, Emas Sudah Jatuh Tergolek

1,869

Pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya kekal meneruskan penurunan yang mana pada kali ini telah menepati jangkaan untuk mencecah zon sokongan 1760.00.

Namun harga emas dilihat seakan sedang membuat percubaan untuk mendaki pada penghujung sesi dengan membuat kenaikan sekitar 150 pips yang terus bersambung ke sesi dagangan hari ini (Jumaat).

Akan tetapi kenaikan itu nampaknya tidak dapat bertahan lebih lama selepas pergerakan harga emas membuat penurunan semula dan kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Kenyataan Federal Reserve (Fed) yang ingin mengambil langkah dalam mempercepatkan peningkatan kadar faedah terus menjadi asbab untuk menjawab kenapa dolar greenback mampu terus mengukuh.

Dalam pada itu, kebimbangan yang melanda di seluruh dunia akibat penularan varian baharu Covid-19 Omicron telah menyebabkan pasaran bersedia untuk lebih meningkatkan pegangan tunai.

Hal terbabit sama sekali telah memberi kesan kepada dagangan emas untuk memperoleh permintaan meskipun hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) telah menyusut di bawah paras 1.50%.

Yang mana sudah semestinya zon sokongan 1760.00 akan kekal menjadi tumpuan menjelang terbitan laporan data NFP AS pada malam ini sama ada zon itu mampu memacu lonjakan ataupun sebaliknya.

Manakala pelabur berkemungkinan bakal menilai kepada zon sokongan pada 1740.00 jika harga emas terus menjunam yang sama sekali juga akan mengekalkan trend bearish sejak pertengahan November.

Pun begitu tidak mustahil untuk pergerakan harga emas mampu menterjemahkan kejutan, yang mana zon SBR (support become resistance) 1780.00 dijangka bakal menjadi zon awal yang akan diuji dahulu.

Sudah tentunya para pelabur akan menantikan reaksi pada zon tumpuan pada 1800.00 untuk digapai dan ia juga merupakan zon rintangan ketika ini yang sering menyekat harga daripada kekal melonjak.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat