Analisis GOLD – Paras $1,800 Jadi Penghalang Kenaikan Harga Emas

1,476

Momentum kenaikan harga emas mula suram selepas hampir mencapai ke paras $1,800 pada minggu ini berikutan pengukuhan US dolar kembali mengatasi komoditi berharga itu.

Sebelum ini walaupun US dolar kukuh, emas kekal paparkan kenaikan ekoran tarikan pelabur terhadap aset berisiko dalam suasana pasaran yang berisiko.

Namun dapat dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga mula mendatar dan terdapat tanda-tanda penurunan selepas kenaikan memasuki zon SBR (support become resistance) 1800.00.

Selepas zon tersebut menjadi halangan bagi harga emas meneruskan kenaikan, harga mula bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) semula untuk isyarat pergerakan bearish.

Untuk situasi penurunan harga, paras 1765.00 akan menjadi paras tumpuan awal sebelum penurunan diteruskan ke paras 1745.00.

Penurunan lebih rendah dari paras-paras tersebut akan kembali mendorong jangkaan harga menuju ke zon support pada 1700.00-1680.00.

Namun jika harga masih cuba untuk menyambung siri kenaikan minggu lalu, rintangan 1800.00 akan sekali lagi diuji untuk ditembusi.

Melepasi zon tersebut akan memberi petunjuk untuk harga menyambung pergerakant trend bullish.

Kenaikan harga lebih tinggi dilihat akan menuju ke paras rintangan sebelum ini sekitar 1830.00 sebelum meneruskan kenaikan selanjutnya ke zon tumpuan 1850.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat