Pelabur telah disajikan pergerakan harga emas yang agak mendatar sepanjang minggu lalu dengan berlaku turun naik harga yang tidak menentu.
Debaran kian terasa ketika pasaran sedang menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada minggu ini yang dilihat akan memacu pasaran termasuk komoditi emas.
Pergerakan emas bergantung pada turun naik nilai US dolar dalam pasaran semasa, jika US dolar kukuh, emas akan alami susut nilai, dan sebaliknya.
Oleh itu, keputusan mesyuarat FOMC akan menentukan apa bakal terjadi kepada US dolar sekaligus menjadi petunjuk arah pergerakan emas selanjutnya.
Jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah di paras 5.25% sedikit terganggu selepas dua bank pusat telah mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah pada minggu lalu.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas dilihat kembali didagangkan semula di atas zon 1950.00 setelah berlaku lonjakan pada Khamis lalu.
Pun begitu, lonjakan tidak diteruskan pada Jumaat lalu yang memperlihatkan pergerakan mendatar mengakhiri dagangan minggu tersebut.
Menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini, harga berlegar di sekeliling garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu, di sekitar paras 1960.00.
Jika penurunan harga berlaku, paras 1950.00 dilihat akan menjadi support semasa buat harga dan pelabur mengharapkan harga mampu dilantunkan semula.
Namun jika harga tembus lebih rendah, penurunan bakal dilanjutkan ke zon sokongan 1940.00 yang telah berjaya menahan kejatuhan harga minggu lalu.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga emas pula, mengatasi paras minggu lalu harga bakal menguji zon rintangan yang berada pada sekitar 1980.00.
Melepasi rintangan itu barulah menjangkakan kenaikan untuk diteruskan ke paras penting pada 2000.00 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG