Analisis GOLD – Pelabur Emas Jangan Rasa Selamat Minggu Ini!

827

Dagangan emas di awal minggu semalam mendatar dipengaruhi pergerakan suram mata wang US dolar susulan cuti umum di Amerika Syarikat (AS) semalam.

Pelabur kini memerhatikan beberapa isu yang berlegar di dalam pasaran dan boleh mempengaruhi perubahan pada sentimen ke arah lebih berisiko.

Ini akan turut memberi kesan terhadap mata wang US dolar dan juga turun naik nilai emas.

Ketegangan antara AS-China masih lagi dipantau pelabur selain kebimbangan turut terarah isu tembakan peluru berpandu Korea Utara ke arah laut Jepun.

Selain itu, Presiden AS Joe Biden secara mengejut dilaporkan berkunjung ke Kyiv dan bertemu Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk memberi sokongan selepas China dikatakan memberi bantuan ketenteraan kepada Rusia.

Ketika ini pasaran masih lagi belum menunjukkan sebarang reaksi ketara, namun bila-bila masa sahaja situasi tenang boleh berubah.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mendatar sepanjang tiga sesi semalam selepas kenaikan pada penghujung minggu lalu telah melepasi paras 1830.00.

Sekiranya harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut, zon 1870.00 bakal kembali menjadi tumpuan untuk diuji selepas kenaikan berjaya diteruskan.

Melepasi rintangan itu, harga seterusnya akan mensasarkan kenaikan ke paras 1900.00.

Namun jika harga emas jatuh lebih rendah di bawah paras 1830.00, penurunan bakal diteruskan ke paras terendah terbaru 8 minggu.

Untuk penurunan lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke zon support tumpuan pada 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat