Analisis GOLD – Pelabur Harap Emas Tidak Beri Harapan Palsu

1,634

Memberi harapan baru kepada pelabur emas apabila logam kuning berharga itu kembali menyinar pada dagangan Selasa semalam dengan peningkatan harga yang diharap-harapkan telah berlaku.

Peningkatan nilai emas didorong oleh faktor penyusutan US dolar menuju terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga menyambung lonjakan susulan data inflasi AS diterbitkan pada bacaan yang lemah berbanding jangkaan sehingga melepasi zon rintangan 1800.00.

Walaupun US dolar dilihat berjaya pamerkan pengukuhan semula berbanding kebanyakan mata utama yang lain dalam pasaran sehingga ke penghujung sesi New York, namun berbeza pada carta harga XAU/USD yang mendatar selepas mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1808.00.

Pergerakan harga perlahan bersambung sehingga ke sesi Asia pagi ini. Sedikit penurunan harga dilihat pada awal sesi Eropah ke paras 1800.00 yang dilihat menjadi paras support harga.

Penganalisis menjangkakan harga berkemungkinan memaparkan peningkatan selepas menyentuh paras 1800.00 ekoran lonjakan ketara harga yang dipamerkan semalam.

Kenaikan harga perlu melepasi zon rintangan 1810.00 terlebih dahulu untup petunjuk trend bullish harga yang lebih jelas untuk pelabur.

Kenaikan yang diteruskan seterusnya akan menuju semula ke zon rintangan 1830.00 yang menjadi tumpuan ketika diuji pada kenaikan harga di awal September lalu.

Namun jika emas terus mengecewakan harapan pelabur dengan kejatuhan semula di bawah zon 1800.00, pelabur akan menilai reaksi harga pada paras support sekitar 1785.00 yang masih menyokong harga sejak minggu lalu.

Kejatuhan di bawah paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk dagangan emas dalam tempoh 5 minggu berkemungkinan ke paras tumpuan sebelum ini pada 1765.00 atau lebih rendah pada 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat