Analisis GOLD – Pelabur Lega Emas Pacak Semula Ke Paras $1,830

839

Rancak dagangan komoditi emas khususnya pada sesi New York semalam yang telah menceriakan para pelabur emas dengan peningkatan harga yang berlaku.

Mempengaruhi pergerakan emas, mata wang US dolar yang didagangkan awal sehingga pembukaan sesi New York kemudiannya mengukuh kembali menuju penutup penghujung sesi.

Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan suram memberi kesan penyusutan US dolar pada awalnya.

Namun, setelah US dolar kembali mengukuh dan memberi tekanan semula terhadap mata wang utama lain, emas dilihat berjaya menyerap tekanan setelah paparkan lonjakan.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya dilihat telah melonjak dari paras sokongan semasa sekitar 1805.00.

Lonjakan harga telah mencapai semula ke paras tumpuan 1830.00 dan kembali berfungsi sebagai rintangan buat harga.

Harga sedikit perlahan di bawah paras tersebut pada penutupan sesi New York, tapi menunjukkan penurunan yang ketara.

Malah, harga emas menyambung lagi kenaikan pada hari ini (Rabu) dan telah melepasi rintangan 1830.00 bersambung ke sesi Eropah.

Setelah kenaikan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi petunjuk bullish, harga berkemungkinan akan mendaki lebih tinggi lagi hari ini.

Kenaikan dilihat akan diteruskan menuju sasaran pada zon tumpuan 1870.00 pula sekiranya pergerakan bullish dikekalkan.

Namun jika harga terperosok semula di bawah 1830.00, penurunan lebih rendah dilihat akan singgah sekitar 1820.00 sebelum ke paras sokongan 1805.00 semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat