Analisis GOLD – Pelabur Optimis Harga Emas Bertahan Di Atas Paras $1,900

1,052

Dagangan emas telah berjaya pamerkan prestasi garang pada minggu lalu dengan kenaikan nilainya sehingga mencapai paras $1,900.

Ini adalah susulan kebimbangan terhadap krisis Rusia-Ukraine yang berlanjutan sehingga ke penghujung minggu menjadikan tarikan pelabur kian meningkat terhadap emas sebagai aset safe-haven.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan paras harga 1900.00 kini menjadi zon rintangan buat harga selepas trend bullish yang dikekalkan sehingga minggu lalu telah mencapai paras tersebut untuk rekod tertinggi 8 bulan.

Namun, pembukaan pasaran pada awal minggu ini menyaksikan penurunan semula harga emas dari paras 1900.00 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi isyarat pergerakan harga selanjutnya.

Risiko dalam pasaran sedikit reda di awal minggu dengan laporan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menerima tawaran perjumpaan bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin pada persidangan G7 minggu ini.

Walaupun begitu, para pelabur kekal berwaspada dan melihat risiko boleh meningkat pada bila-bila masa sahaja dalam pasaran seperti situasi minggu lalu.

Secara teknikal, harga dilihat masih positif untuk menyambung kenaikan lebih tinggi jika berjaya kekal berada di atas paras 1900.00.

Kenaikan seterusnya harga berpotensi mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1925.00.

Namun, penurunan harga emas juga boleh berlaku sekiranya tarikan pelaburan terhadap emas mula suram semula.

Harga boleh susut semula dengan zon RBS (resistance become support) pada 1870.00 akan diuji sebelum menyambung penurunan lebih rendah menuju zon sekitar 1850.00.

Penurunan lanjut harga berkemungkinan boleh kembali semula sehingga ke paras tumpuan pada 1800.00 sekiranya perubahan trend bearish lebih jelas telah berlaku.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat