Analisis GOLD – Pelabur Resah Emas Boleh Susut Lebih Parah Menjelang FOMC

1,306

Dagangan emas kekal suram dengan penurunan nilai berterusan sehingga semalam sebelum mendatar pada hari ini (Rabu) sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi Khamis.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan harga diteruskan sejak awal dagangan awal minggu bermula.

Tarikan terhadap aset emas mula memudar dalam pasaran di mana sebelum ini mendapat permintaan tinggi ekoran krisis perang yang mencetuskan panik kepada para pelabur.

Pengukuhan US dolar juga dijangkakan ekoran pelabur menyerap jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang akan turut menambah tekanan buat dagangan emas.

Penurunan harga lebih rendah akan dijangkakan ekoran pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam terus memberi isyarat bearish.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan menjejaki paras tumpuan 1900.00 sebelum menyambung penurunan lebih rendah ke paras sekitar 1870.00 pula bagi menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Namun jika kenaikan harga emas kembali berlaku, rintangan awal harga yang bakal diuji dilihat pada paras 1950.00 dan melepasi halangan MA50 akan berikan petunjuk awal untuk perubahan trend harga emas.

Kenaikan selanjutnya akan menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1970.00 sebelum meneruskan kenaikan untuk kembali semula menyentuh paras tumpuan 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat