Analisis GOLD – Pelabur Resah Lihat Emas Mendatar Di Zon $1,870 Sepanjang Minggu Ini

781

Tiada perubahan ketara buat dagangan emas sepanjang minggu ini di mana harga bergerak mendatar tanpa memberi petunjuk jelas arah pergerakan seterusnya.

Ini disebabkan pelabur juga masih berhati-hati menilai pandangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dan ahli-ahli yang lain terhadap dasar monetari yang akan memacu pergerakan mata wang US dolar.

Penutup dagangan minggu lalu telah menyaksikan US dolar berjaya mengukuh semula berikutan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan kukuh.

Situasi tersebut turut memberi kesan kejatuhan harga emas sehingga $100 dari paras tertinggi 10 bulan yang berjaya dicapai pada minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan penurunan ketara yang berlaku penghujung minggu lalu sebelum mendatar pada minggu ini.

Setelah kejatuhan yang berlaku itu, harga emas sejak awal minggu ini dilihat berlegar di zon tumpuan 1870.00 sehinggalah hari ini (Khamis).

Harga bergerak di antara julat paras ketinggian 1886.00 hingga paras 1860.00, namun setelah harga mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sjeak semalam, pelabur mungkin melihat sebagai isyarat awal untuk kenaikan berlaku.

Sekiranya berjaya memaparkan kenaikan semula, harga dilihat akan menguji rintangan paras 1900.00 yang berada pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Seterusnya, barulah harga dilihat akan kembali menuju semula ke zon rintangan pada ketinggian 1950.00 yang dicapai sebelum ini.

Namun, jika harga jatuh di bawah zon 1870.00, kebarangkalian untuk harga emas susut lebih rendah adalah lebih tinggi.

Penurunan harga dilihat boleh mencecah sehingga ke sekitar 1830.00 yang merupakan antara paras tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat