Pelabur emas kekal runsing memerhatikan pergerakan harga logam kuning itu yang masih tak menentu di awal minggu.
Mempengaruhi pergerakan emas, mata wang US dolar didagangkan berhati-hati pada pembukaan awal minggu semalam.
Raja mata wang itu menunjukkan sedikit penyusutan namun pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas untuk arah pergerakan selanjutnya.
Justeru, data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Rabu akan ditunggu selain memberikan petunjuk terhadap hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC minggu hadapan.
Buat ketika ini, harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar masih lagi mendatar di zon 1920.00.
Kenaikan perlahan yang dipaparkan semalam sekadar menguji paras 1930.00 seperti corak yang ditampilkan pada Jumaat lalu.
Harga telah berundur turun semula dan kembali hampiri paras 1920.00 sehingga ke dagangan awal sesi Eropah hari ini (Selasa).
Harga yang telah mula berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu memberi amaran awal untuk risiko kejatuhan harga yang boleh berlaku.
Sekiranya harga mula membuat terjunan, pelabur boleh menjangkakan harga untuk kembali menuju semula ke zon tumpuan 1900.00 selain menyambung trend bearish minggu sebelum ini.
Untuk lanjutan corak penurunan itu, paras support 1885.00 yang diuji pada dagangan Ogos lalu akan menanti untuk dicecah harga semula.
Sebaliknya, jika sokongan 1920.00 tetap kebal untuk ditembusi, harga emas berkemungkinan boleh melantun semula naik menguji paras 1930.00.
Seterusnya kenaikan harga bakal menuju zon rintangan pada 1950.00 setelah diuji pada awal September lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG