Analisis GOLD – Pelabur Tunggu Isyarat Lebih Jelas Selepas Isyarat Awal Kenaikan Harga

1,380

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga mula menunjukkan kenaikan selepas mendatar di atas paras sokongan 1800.00.

Selepas penurunan harga di awal minggu sehingga ke paras 1800.00, harga gagal meneruskan penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut sebelum mula menunjukkan kenaikan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Walaupun pergerakan tersebut memberi isyarat trend bullish, namun masih awal untuk menjangkakan harga akan melonjak ke paras lebih tinggi.

Faktor yang dilihat akan menjadi pendorong untuk kenaikan harga emas pada waktu terdekat ini adalah penyusutan untuk US dolar dalam pasaran.

Kenaikan semula harga dijangka akan kembali menguji ke paras 1850.00 pada zon SBR (support become resistance) yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Namun, jangan endahkan jangkaan untuk harga emas terus mengalami kejatuhan lebih rendah.

Penurunan harga di bawah paras support 1800.00 akan memberi gambaran untuk harga turun ke paras lebih rendah menuju paras sekitar 1760.00.

Pelabur akan menantikan isyarat lebih jelas dengan memantau isu-isu utama yang mempengaruhi sentimen pasaran khususnya perkembangan vaksin dan sentimen politik di Amerika Syarikat (AS).

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat