Analisis GOLD – Petanda Emas Nak Jatuh Lebih Rendah Buat Pelabur Makin Cuak

888

Emas bergerak suram di pembukaan sesi dagangan Asia pagi ini (Rabu) selepas pergerakan mendatar sepanjang Selasa semalam ekoran pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) bakal meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat September.

Walaupun dilihat terdapat tanda-tanda inflasi yang bakal mereda dan pertumbuhan yang perlahan, Presiden Fed Richmond Thomas Barkin menyatakan bahawa Fed perlu untuk mengawal kenaikan agresif sehingga inflasi jatuh secara berterusan dalam julat sasaran bagi tempoh yang ketara.

Pelabur ini sedang menantikan terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diramalkan mengucup sedikit pada bulan Julai dan terbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang bakal memberikan petunjuk baharu untuk kenaikan kadar faedah seterusnya.

Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat menunjukkan corak yang lebih mendatar pada Selasa semalam berbanding terjunan yang dipaparkan di awal minggu.

Setakat sesi New York semalam, harga berlegar di sekitar paras 1772.00 yang menjadi paras terendah emas untuk minggu ini dengan pelabur masih menilai isyarat bearish buat pergerakan emas yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Bersambung pada sesi dagangan Asia pagi ini (Rabu), sedikit lonjakan harga dipaparkan menguji paras halangan MA50 tersebut sebelum mula berundur semula membuat penurunan di sesi Eropah.

Penurunan harga jika berterusan akan mencatatkan paras terendah mingguan terbaru lagi dengan jangkaan untuk menuju ke zon support harga pada 1760.00.

Untuk penurunan lebih rendah bagi harga melanjutkan pergerakan pada trend bearish, melepasi zon 1760.00 seterusnya akan mendorong harga menuju pula ke zon RBS (resistance become support) 1740.00 sebelum sasaran berikutnya adalah pada paras tumpuan 1720.00.

Sebaliknya jika harga berjaya paparkan lantunan semula dan melepasi halangan MA50, kenaikan lebih tinggi akan kembali mensasarkan semula pada zon rintangan 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat