Analisis GOLD – Prestasi Emas Suram Hingga Penghujung Minggu?

499

Nilai emas susut lebih rendah pada dagangan Isnin semalam, menyambung corak penurunan harga pada penghujung minggu lalu.

Dengan faktor pengukuhan semula US dolar di awal minggu ini susulan sentimen pasaran yang berisiko telah menekan harga emas untuk didagangkan lebih rendah semula.

Kebimbangan terhadap lonjakan kes Covid-19 dan kematian baru yang dicatatkan di China telah menyokong pergerakan positif US dolar.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pada minggu lalu harga telah mencapai paras ketinggian pada 1785.00.

Namun, penurunan telah dipamerkan semula menuju penghujung minggu dan corak tersebut diteruskan pada awal minggu ini.

Harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi petunjuk pergerakan bearish emas kepada pelabur.

Setelah harga susut ke paras 1733.00 pada sesi New York semalam, kenaikan harga semula dipamerkan bersambung pada hari ini (Selasa).

Meneruskan dagangan di sesi Eropah, harga dilihat menguji halangan MA50 untuk pelabur menilai isyarat bagi perubahan trend harga yang boleh berlaku.

Sekiranya harga menyusut semula di sesi berikutnya, harga berkemungkinan bakal menuju ke sekitar 1720.00 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah jika masih diteruskan dilihat akan ke zon 1700.00 atau lebih rendah lagi ke sekitar 1680.00.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi halangan MA50, zon 1760.00 akan diuji selepas isyarat awal perubahan trend bullish.

Kenaikan bakal diteruskan untuk menguji semula zon rintangan 1785.00 yang dicapai minggu lalu sebelum harga emas mencatatkan paras ketinggian terbaru minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat