Analisis GOLD – Risiko Kejatuhan Harga Emas Jika Tembus Zon $2,030!

1,085

Pelabur emas masih belum berasa selesa dengan pergerakan semasa harga untuk logam kuning itu walaupun kenaikan harga dipaparkan semalam.

Ini berikutan pergerakan turun naik harga masih dilihat berlegar di zon tumpuan $2,030 dengan kebimbangan pelabur untuk risiko harga emas merosot lagi di penghujung minggu ini.

Situasi akan bergantung kepada perubahan nilai mata wang US dolar dalam pasaran yang ketika ini masih lemah dan memberi ruang untuk harga emas meningkat.

Disebabkan itu pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan semalam mencapai ke paras 2044.00.

Namun, menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga kembali susut semula berlegar di zon 2030.00 yang kekal menjadi tumpuan untuk beberapa minggu ini.

Garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu juga diuji harga di sesi Eropah.

Jika harga tembus ke bawah, ini memberi petanda untuk kejatuhan lebih rendah harga emas akan berlaku.

Dari zon 2030.00, harga boleh susut ke 2015.00 iaitu paras dicecah pada awal minggu sebelum penurunan lebih rendah bakal dilanjutkan menuju zon tumpuan 2000.00.

Namun, harga juga boleh melonjak semula jika zon 2030.00 gagal untuk dilepasi selepas mengujinya.

Kenaikan harga akan cuba untuk mengatasi ketinggian dicapai semalam bagi meneruskan corak kenaikan sebelumnya itu.

Sasaran adalah untuk mencapai 2050.00 untuk pelabur perhatikan apakah petunjuk terbaru yang bakal dipaparkan harga untuk pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat