Analisis GOLD – Sekali Lagi Emas Sentuh Paras $2,000 Minggu Ini!

985

Sekali lagi emas berjaya mencapai paras $2,000 untuk minggu ini ketika dagangan di sesi New York semalam setelah mencapainya pada awal minggu.

Masih tiada perubahan ketara yang dapat diperhatikan pada perkembangan krisis yang melanda pasaran di mana telah membuatkan US dolar terus bergerak suram.

Jika berterusan, emas terus memiliki potensi untuk meningkatkan nilainya ke paras yang lebih tinggi berdasarkan prospek dasar monetari Federal Reserve (Fed) susulan mesyuarat FOMC baru-baru ini.

Memerhati carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga diteruskan pada Khamis semalam sehingga mencapai kembali paras 2000.00.

Sebelum itu, harga telah mendatar di bawah paras 1950.00 sebelum lonjakan bermula ketika reaksi pada mesyuarat FOMC.

Isyarat bullish dinilai pelabur emas apabila harga telah mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD semalam.

Namun, setelah harga menyentuh sahaja paras 2000.00, harga berundur semula dengan menyusur turun perlahan menyambung dagangan hari ini (Jumaat).

Jika harga masih bertahan di atas paras MA50, berkemungkinan kenaikan harga boleh diteruskan lagi pada sesi-sesi akhir ini.

Namun paras 2000.00 yang menjadi rintangan buat harga perlu ditembusi untuk harga emas meloloskan diri ke paras lebih tinggi.

Sasaran seterusnya untuk mencapai 2070.00, yang pernah disentuh kali terakhir pada Februari 2022 yang lalu.

Namun jika harga gagal tembusi paras 2000.00, penurunan harga boleh berlaku berkemungkinan menuju kembali zon tumpuan pada 1950.00.

Kemudiannya harga yang menyambung penurunan lebih rendah boleh mencecah semula sekitar paras 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat