Analisis GOLD – Selamba Tembus $2,030, Harga Emas Pacak Hingga $2,050!

1,066

Penangan oleh kejatuhan lebih buruk mata wang US dolar semalam, dagangan emas papar lonjakan kukuh mengukir senyuman di wajah para pelabur.

Kenyataan bernada dovish disampaikan oleh gabenor Federal Reserve (Fed) Christopher Waller pada Selasa semalam berkenaan dasar monetari bank pusat.

Beliau yang dikenali bersifat ‘hawkish’ telah melihat keperluan untuk Fed mula pertimbangkan untuk langkah penurunan kadar faedah dalam tempoh terdekat ini.

US dolar ketara susut selepas itu walaupun pada mulanya data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka bacaan yang positif meningkat.

Memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga sejak dari awal minggu telah pun berada di atas paras 2000.00.

Di sesi Asia hingga Eropah semalam, harga mendatar perlahan di sekitar 2014.00 namun dilihat kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Kemudiannya di sesi New York, harga melonjak kukuh dan dengan bersahaja menembusi zon tumpuan pada 2030.00.

Harga emas capai rekod ketinggian terbaru 6 bulan mencapai paras 2050.00 di awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Namun sehingga menyambung ke dagangan sesi Eropah petang ini, harga emas dilihat tidak melepasi paras 2050.00 yang disentuhnya itu, namun sedikit berundur perlahan.

Pun begitu, penganalisis kekal melihat kecenderungan untuk harga emas meneruskan lagi kenaikan ke paras lebih tinggi.

Sasaran seterusnya pula berkemungkinan beralih pada 2070.00 hingga 2080.00, iaitu puncak dicapai harga pada dagangan Mei lalu.

Pelabur tetap berwaspada terhadap risiko kejatuhan harga sekiranya aktiviti proft-taking berlaku dalam pasaran bagi penutup dagangan November.

Harga boleh terjun semula dari paras 2050.00 sebelum beri isyarat pergerakan bearish selepas itu.

Berkemungkinan harga akan jatuh kembali bawah zon 2030.00 sebelum menuju semula paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat