Analisis GOLD – Selepas Lepasi Paras $1,900, Harga Emas Terus Dipacu Lebih Tinggi

898

Membuka dagangan pada awal minggu ini, harga emas terus dipacu ke paras ketinggian terbaru 9 bulan didorong oleh faktor penyusutan berterusan US dolar.

Sejak November 2022 lalu, harga emas telah menunjukkan corak peningkatan nilainya apabila pasaran mula melihat perubahan dasar monetari Federal Reserve (Fed) daripada pengetatan polisi agresif mereka sebelum itu.

Dengan terbitan data inflasi terbaru Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu lalu menunjukkan penurunan 6 bulan berturut-turut, US dolar terus didagangkan lemah bersambung ke minggu ini dan juga memberi ruang untuk emas terus meningkat.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memperlihatkan corak bullish harga dikekalkan sehingga harga telah telah melepasi paras 1900.00 di penghujung minggu lalu.

Kenaikan awal diteruskan pada sesi Asia pagi ini mencapai ketinggian sekitar 1929.00 sekaligus menjadi paras tertinggi 9 bulan.

Namun, harga mengundur semula pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah setelah mencapai ketinggian tersebut.

Pun begitu, penganalisis masih melihat harga emas akan terus dipacu tinggi dengan isyarat pergerakan bullish harga yang masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Setelah melepasi 1900.00, harga emas seterusnya dijangka akan menuju ke sasaran lebih tinggi yang berada di paras 1950.00.

Jika berjaya dilepasi, harga emas berpotensi mencapai sehingga ketinggian 2000.00 sebagai zon tumpuan utama.

Namun, jika berlaku penurunan semula harga di bawah paras 1900.00 dan menembusi paras sokongan MA50, waspada untuk perubahan trend yang bakal berlaku.

Sekiranya harga emas susut lebih rendah, harga dilihat akan kembali semula menuju ke paras 1870.00 sebelum sambung menyusut ke zon 1830.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat