Analisis GOLD – Selepas Mendatar, Emas Lonjak Balik Ke Zon $1,760

557

Selepas mendatar untuk beberapa ketika, harga emas mula menunjukkan pergerakan yang agak menggembirakan buat pelabur.

Sesi New York semalam disilaukan oleh sinaran emas dengan lonjakan semula harga dipaparkan ekoran faktor penyusutan nilai US dolar.

Ini didorong oleh data sektor ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan suram sebelum disusuli oleh terbitan minit mesyuarat FOMC yang mengejutkan pasaran.

Meneliti butiran minit, majoriti penggubal dasar Federal Reserve (Fed) dilihat bersetuju untuk pilihan memperlahankan kenaikan kadar faedah yang sebelum ini dilaksanakan secara agresif.

Dengan kesan US dolar yang susut, harga emas dilihat kembali meningkat semula.

Meneliti pergerakan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga mulanya tertekan rendah ke paras sekitar 1726.00 sebelum melantun sehingga ke paras 1753.00.

Kenaikan yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut telah menjadi indikasi awal perubahan trend bullish untuk aset logam kuning.

Zon SBR (support become resistance) 1760.00 kini menjadi tumpuan apabila dagangan sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah hari ini (Khamis) melihatkan harga mendatar di sekitar tersebut.

Sekiranya kenaikan harga berjaya menembusinya zon 1760.00 tersebut, rintangan seterusnya berada pada 1785.00 iaitu zon yang diuji harga minggu lalu.

Zon tersebut juga menjadi penanda paras tertinggi dicapai emas untuk tempoh 13 minggu.

Sementara, untuk jangkaan penurunan harga pula jika kenaikan gagal melepasi rintangan 1760.00, harga boleh susut semula menuju ke zon 1720.00.

Kembali bergerak di bawah paras MA50 akan menjadi isyarat bearish semula dan akan mengendurkan harapan pelabur untuk lihat emas terus bersinar.

Jika penurunan harga menembusi zon 1720.00, harga berkemungkinan boleh mencecah ke sekitar 1700.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat