Analisis GOLD – Setelah Menjunam Semula, Emas Bergelut Untuk Kekal Di Atas Paras $1,900

1,181

Bakal merekodkan dagangan bulanan terbaik sejak Mei 2021, harga emas telah meningkat sejak awal bulan sehingga ke hujung Februari ini hampir $200.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan trend bullish berjaya dikekalkan selama 4 minggu berturut-turut dengan lonjakan ketara berlaku pada minggu lalu ekoran reaksi pelabur terhadap krisis geopolitik Rusia-Ukraine.

Susulan Rusia yang telah memulakan pencerobohan dan serangan ke atas Ukraine telah mendorong pelabur beralih ke pelaburan selamat ekoran kebimbangan pasaran yang berisiko.

Justeru, pelabur menyaksikan harga emas melonjak sehingga mencapai paras 1974.00 pada Khamis lalu, paras tertinggi dicapai sejak September 2020.

Namun begitu, harga tidak meneruskan kenaikan lebih tinggi malah membuat kejutan dengan terjun semula sehingga ke paras sekitar 1880.00.

Pelabur mula waspada dan menukar jangkaan bagi penurunan harga emas semula selepas isyarat awal perubahan trend bearish apabila harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Sehingga setakat sesi Eropah petang ini (Isnin), harga emas menunjukkan penurunan ke bawah paras 1900.00 sementara perkembangan krisis Rusia dan Ukraine terus dipantau.

Jika penurunan lanjut harga berlaku, zon RBS (resistance become support) 1870.00 dilihat menjadi zon awal bakal diuji harga seperti penurunan yang berlaku minggu lalu.

Dan penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menuju pula ke zon tumpuan 1850.00 atau lebih rendah pada 1830.00 pula.

Namun jika emas kembali melonjak tinggi semula, melepasi halangan MA50 akan membuatkan pelabur emas optimis untuk pergerakan bullish harga.

Paras 1950.00 dan zon ketinggian 1974.00 akan menjadi paras tumpuan yang akan diuji semula jika kenaikan harga emas berjaya diteruskan minggu ini.

Pelabur kekal berhati-hati dan dijangka pergerakan harga emas bakal lebih menarik memasuki pembukaan sesi pasaran New York.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat