Dagangan emas paparkan pemulihan pada hari ini (Khamis) selepas penyusutan harga yang berlaku semalam, namun tidak cukup untuk meredakan kebimbangan para pelabur emas ketika ini.
Pergerakan harga dalam julat yang rendah beberapa hari ini menambahkan lagi kewaspadaan pelabur menjelang laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini.
Bacaan indeks harga pengguna (CPI) yang terbaru bakal memberi petunjuk untuk penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed) dan akan turut mempengaruhi US dolar dan emas.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga masih mendatar di zon 2030.00 untuk beberapa hari ini.
Pergerakan harga juga dilihat berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang diperhatikan pelabur untuk petunjuk bagi arah selanjutnya.
Dagangan di sesi Asia pagi ini menyaksikan harga memulakan kenaikan dari paras 2024.00 dan meningkat ke sekitar 2034.00 melepasi halangan MA50.
Pergerakan harga di sesi New York sebentar lagi ketika data CPI diterbitkan akan menentukan corak dagangan pada minggu hadapan.
Sekiranya kenaikan harga emas berlaku, paras 2050.00 akan menjadi rintangan awal diuji seperti yang diperhatikan pada Jumaat lalu.
Tembus paras 2050.00 seterusnya akan mensasarkan pula zon 2070.00 atau lebih tinggi pada kenaikan harga yang diteruskan itu.
Namun, pelabur juga perlu bersiap sedia untuk harga emas menjunam jatuh ke bawah.
Penurunan harga akan catatkan paras terendah terbaru 4 minggu dengan zon tumpuan penting pada 2000.00 akan dijangka dicecah oleh harga.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG