Pelabur emas kekal berhati-hati pada dagangan pembukaan awal minggu ini berikutan masih terdapat isyarat pergerakan harga yang menunjukkan tekanan ke atas logam kuning itu.
Situasi semakin tidak menentu menjelang beberapa tumpuan pasaran pada minggu ini khususnya acara pilihan raya presiden di Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung pada Selasa.
Selain itu, tumpuan pasaran juga akan terarah kepada mesyuarat FOMC yang dinanti-nantikan pelabur untuk mengetahui keputusan pemotongan kadar faedah terbaru yang bakal dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed).
Acara-acara ini penting untuk diperhatikan dan dijangka akan memberi impak signifikan ke atas pasaran termasuk komoditi emas.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, terjunan ketara harga pada Khamis lalu setelah capai rekod tertinggi sejarah pada 2790.00, telah memberi amaran awal kepada pelabur untuk perubahan arah.
Pada Jumaat pula, harga cuba untuk membuat kenaikan namun gagal mencapai 2770.00 sebelum kembali berundur dan berakhir dagangan penghujung minggu itu di sekitar zon sokongan harga 2730.00.
Pergerakan harga emas kini dilihat telah berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu menunjukkan isyarat bagi pergerakan bearish.
Jika susut di bawah zon 2730.00, harga emas cenderung untuk melanjutkan corak penurunannya dengan sasaran tertumpu kembali pada 2670.00.
Namun jika berlaku lonjakan semula dan melepasi halangan MA50, harga akan berdepan rintangan 2770.00 untuk diuji sebelum ke paras lebih tinggi.
Sekiranya kenaikan kukuh dipaparkan, harga emas berpotensi memecah rekod terbaru lagi yang buat ketika ini sedang disasarkan penganalisis kepada 2800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK