Analisis GOLD – Teruk Betul Harga Emas Junam! Nak Tuju $1,800 Ke?

2,432

Nilai emas terperosok lebih parah pada Jumaat lalu untuk menutup dagangan bagi September dengan rekod terendah 6 bulan.

Tekanan terhadap emas adalah didorong oleh jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan langkah menaikkan kadar faedah lagi selepas ini sekaligus melihatkan unjuran pengukuhan US dolar untuk tempoh lebih panjang ke depan.

Justeru, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini akan diperhatikan yang turut akan menjadi tumpuan Fed.

Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menjunam jatuh hingga ke bawah paras 1850.00 di penghujung minggu lalu.

Pada mulanya penurunan dilihat melepasi paras penting 1900.00 dan juga 1885.00 yang menjadi paras terendah pada dagangan Ogos lalu.

Penurunan ke bawah terendah terbaru ini adalah yang terendah dicatatkan sejak dagangan Mac.

Kekal dengan isyarat trend bearish, harga terus berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut di mana ketika diuji pada Jumaat lalu, harga tetap gagal untuk tembusinya.

Penurunan diteruskan lagi pada pembukaan awal minggu ini dengan paras terendah terbaru dicecah sekitar 1840.00 sehingga setakat awal sesi Eropah.

Tumpuan bakal terarah pada paras 1830.00 yang dijangka akan diuji dan pelabur akan memerhati reaksi harga pada sekitarnya.

Tidak mustahil untuk penurunan ketara diteruskan lagi minggu ini dengan sasaran untuk harga emas mencecah hingga 1800.00 semula.

Namun, tidak mustahil juga untuk lonjakan harga berlaku jika situasi pasaran pada minggu ini berubah.

Lonjakan di atas paras 1855.00 bakal menguji halangan MA50 untuk diatasi sebelum harga menuju pula ke paras 1870.00.

Kenaikan lebih tinggi akan kembali semula menghampiri paras tumpuan sebelum ini pada 1885.00 dan 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat