Dagangan emas mengubah haluan pergerakannya di awal minggu ini apabila telah memaparkan pemulihan harga yang agak positif.
Emas mengambil kesempatan ketika US dolar gagal mengekalkan momentum pengukuhan minggu lalu dan bergerak lemah terutama di sesi New York semalam.
Pun begitu, emas berisiko untuk alami kejatuhan semula dengan potensi US dolar untuk menyambung semula pengukuhannya seperti jangkaan penganalisis.
Memerhatikan pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menunjukkan corak peningkatan sejak sesi Asia semalam sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Peningkatan harga semalam dilihat melepasi paras 2600.00 menunjukkan isyarat pergerakan bullish setelah berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Selepas mencapai sekitar 2615.00 di sesi New York semalam, kenaikan harga emas diteruskan lagi hari ini sehingga paras ketinggian 2626.00.
Jika tiada perubahan pada situasi semasa pasaran, kenaikan harga emas masih boleh diteruskan ke paras yang lebih tinggi.
Sekitar zon 2650.00 hingga 2570.00 dilihat sebagai zon yang akan menjadi tumpuan untuk harga uji.
Namun jika harga menjunam semula di bawah paras 2600.00, berkemungkinan corak penurunan minggu lalu akan bersambung semula.
Harga bakal menghampiri semula ke zon support 2540.00 yang diuji pada penurunan terendah harga minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG