Analisis GOLD – Waspada Untuk Sebarang Kejutan Sementara Emas ‘Berehat’ Di Zon $1,700

1,970

Komoditi emas dilihat masih belum membuat sebarang pergerakan yang mengejutkan walaupun US dolar masih lagi bergerak lemah berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Dilihat penyusutan indeks dolar yang mencecah ke paras 107.00 minggu ini menambahkan tekanan terhadap US dolar di samping beberapa terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan dipantau sebelum tumpuan akan terarah kepada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Mempengaruhi pergerakan US dolar juga, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) yang dilihat mengekalkan momentum pengukuhan menjadi faktor tambahan untuk jangkaan pergerakan suram yang berterusan buat US dolar dalam tempoh terdekat.

Pelabur berkemungkinan tambah waspada untuk dagangan emas sementara menantikan keputusan mesyuarat FOMC, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran di penghujung minggu nanti.

Secara teknikal, pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar masih lagi dilihat bergerak mendatar di paras halangan harga Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam di mana masih belum memberi petunjuk yang jelas bagi arah harga selanjutnya.

Terdapat peningkatan harga pada dagangan Selasa semalam, namun sebelum menyentuh paras rintangan 1720.00, harga telah susut semula dan mendatar sehingga ke penghujung dagangan sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga kekal mendatar di paras MA50 dan menunjukkan sedikit penurunan yang lemah pada dagangan yang diteruskan di awal sesi Eropah.

Sekiranya penurunan lebih rendah dipamerkan harga, masih lagi zon support 1700.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon penting ini untuk petunjuk pergerakan emas selanjutnya.

Jika harga susut melepasi zon support tersebut, penurunan lanjut harga dijangka akan menuju ke sasaran terbaru sekitar 1680.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 11 bulan.

Sebaliknya jika harga mula paparkan lonjakan semula, paras halangan 1720.00 berkemungkinan akan ditembusi sebelum meneruskan peningkatan lebih tinggi dengan isyarat perubahan trend bullish bakal bermula.

Kenaikan harga emas yang lebih tinggi seterusnya dilihat bakal kembali ke beberapa zon tumpuan penting seperti pada 1760.00 atau lebih tinggi lagi ke paras sasaran 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat