Analisis GOLD – Zon Magnet $1,800 Kembali Tarik Harga Emas Daripada Menjunam

1,665

Disangka untuk menjunam, sebaliknya dagangan emas kembali bangkit pada dagangan Khamis semalam meningkat ke zon harga $1,800.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga tidak meneruskan penurunan selepas melonjak semula dari paras 1780.00.

Terus mengubat luka para pelabur emas, nilai komoditi berharga itu menyambung kenaikan pada hari ini (Jumaat) melepasi paras rintangan 1800.00 pada sesi Asia.

Namun bersambung di awal sesi Eropah, harga mula susut sedikit ke bawah paras 1800.00 semula yang menjadi zon penting untuk pelabur menilai reaksi harga bagi isyarat arah pergerakan selanjutnya.

Kenaikan harga yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD boleh menjadi petanda awal untuk pergerakan bullish harga emas semula.

Namun kenaikan harga perlu melepasi paras rintangan minggu ini pada 1809.00 sebelum memberikan isyarat kenaikan harga yang lebih jelas.

Untuk situasi kenaikan harga yang diteruskan, paras rintangan pada 1830.00 akan menjadi zon tumpuan yang bakal diuji harga.

Kenaikan melepasi zon tersebut seterusnya dijangka akan ke zon penting 1850.00 yang menjadi tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Sekiranya dagangan emas kecundang semula di penghujung minggu, harga berkemungkinan susut ke paras terendah minggu ini menuju paras sokongan 1765.00.

Penurunan lebih rendah kemudiannya akan menguji pula paras tumpuan 1745.00 sebelum penurunan yang diteruskan akan dijangka menuju semula ke zon support 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat