Analisis Teknikal AUD/CAD – Timeframe H1 – 27/8/2018

319

Drama politik di Australia mengejutkan ramai pihak setelah Scott Morison memenangi pertembungan tiga penjuru dan bakal menggantikan bekas Presiden sebelum ini iaitu Malcolm Turnbull. Ketegangan politik di Australia dilihat mulai reda dan dengan kemenangan Scott Morison telah mengukuhkan kembali nilai AUD dalam pasaran. Matawang CAD pula pada minggu ini dilihat agak berisiko berikutan penguncupan yang tidak dijangka dalam penjualan borong di Kanada dan menyebabkan data jualan runcit merudum sekaligus jangkaan akan memberi kesan terhadap data ekonomi tumpuan Kanada iaitu KDNK(GDP). Tambahan lagi, Kanada masih dibayangi dengan risiko terhadap isu NAFTA. Rundingan bakal diadakan di antara Amerika Syarikat dan Mexico pada minggu ini tanpa melibatkan Kanada.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang AUD/CAD, harga telah mengalami kejatuhan sebelum ini dari paras resistance 0.96100 ketika pergolakan politik di Australia yang melemahkan nilai matawang AUD. Namun, harga kembali membuat kenaikan pada Jumaat lalu setelah Scott Morison bakal menjadi Perdana Menteri baru Australia memberi keyakinan semula terhadap Aussie. Sejak awal sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga bergerak lemah dan kembali turun ke bawah garisan Moving Average 100 (MA100) serta harga semasa berada di sekitar 0.95270 setakat jam 4.30 petang. Jika harga kembali menyambung penurunan dan menembusi (breakout) paras support 0.95100, tumpuan seterusnya adalah pada support sebelum ini di paras 0.94200. Sebaliknya, jika AUD terus mengukuh, harga boleh melonjak lebih tinggi dan bakal menguji resistance terdekat di paras 0.96100.

 

Paras support: 0.94839, 0.94301, 0.93907.

Paras resistance: 0.95771, 0.96165, 0.96703.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat