Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 3/12/2018

226

Pada hujung minggu lalu, tumpuan pasaran adalah kepada persidangan G20 yang dihadiri oleh perwakilan dari 20 ekonomi terbesar dunia yang diadakan di Buenos Aires, Argentina. Dengan tujuan untuk meraih perjanjian yang mewujudkan satu sistem perdagangan global yang baru dilihat optimis dengan Amerika Syarikat dan China telah dilaporkan berdamai daripada meneruskan siri serangan tarif antara satu sama lain ke atas barangan import mereka. Berita positif ini telah memberi kelebihan kepada dollar AUD sebagai matawang berpulangan tinggi kerana lebih menjadi tarikan oleh para pelabur dengan suasana sentimen pasaran semasa yang kembali pulih. Sementara itu, matawang safe-haven pula akan terkesan dan mengalami kejatuhan nilai khususnya pada matawang dollar USD. Oleh itu, jika diperhatikan pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga telah menunjukkan jarak (gap) pembukaan harga sehingga sekitar 60 pips lebih tinggi pada permulaan dagangan sesi pasaran Asia pagi ini.

Permulaan pembukaan harga pada dagangan Asia awal pagi tadi di sekitar paras resistance 0.7373 (MagicR3) kemudiannya menunjukkan penurunan harga sehingga menyentuh paras resistance 0.7350 (MagicR2). Namun, harga kembali membuat kenaikan semula dan menguji paras resistance MagicR3 pada lewat sesi dagangan Asia. Berkemungkinan harga kembali pantul semula sehingga ke paras resistance 0.7330 (MagicR1) sebelum kembali meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Namun, jika penurunan harga dilihat melepasi paras Magic Pivot 0.7308 hari ini dan cenderung meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 0.7288 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan turun pula sehingga sekitar paras 0.7265 (MagicS2) di mana paras ini dilihat berpotensi untuk menjadi zon RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD. Penurunan harga yang masih diteruskan berkemungkinan bakal mencecah sehingga ke paras support 0.7246 (MagicS3) ke paras lonjakan harga pada dagangan Rabu minggu lalu.

Terus beri perhatian terhadap perubahan sentimen pasaran semasa dan juga perkembangan pada perang dagang yang dilihat positif pada waktu ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras support dan resistance yang sesuai pada chart AUD/USD anda dan mendapatkan hasil analisis teknikal yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7288, 0.7265, 0.7246.

Paras resistance: 0.7330, 0.7350, 0.7373.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat