Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 14/9/2018

275

Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam dilihat melonjak melepasi paras resistance MagicR1 setelah USD melemah dan cuba menuju ke paras resistance MagicR2 namun tidak berjaya sebelum membuat sedikit penurunan semula. Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.71937 dan turun ke zon resistance 0.71800-0.71800 sebelum harga kembali membuat sedikit kenaikan pada lewat sesi Asia dan melepasi paras Magic Pivot dimana harga semasa didagangkan sekitar paras 0.72020 setakat jam 5.18 petang.

Jika harga kembali menyambung kenaikan yang dibuat semalam, harga dijangka akan menguji terlebih dahulu paras resistance 0.7227 (MagicR1) dan juga zon resistance 0.72350. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, paras yang berpotensi untuk dicapai harga adalah pada paras resistance 0.7261 (MagicR2) dan seterusnya ke paras resistance 0.7293 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan semula, pasaran akan melihat harga menguji paras support 0.71700 dan juga paras support 0.7162 (MagicS1). Dan jangkaan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan menuju ke paras support 0.7129 (MagicS2). Seterusnya, paras support yang menjadi tumpuan pasaran adalah pada paras support 0.7096 (MagicS3) disebab satu zon major support 0.70900 di situ yang menjadi paras terendah dicapai harga sejak Februari 2016 lalu.

Pantau data-data ekonomi di Australia dan Amerika Syarikat serta perkembangan perang dagang antara AS-China bagi membantu analisis anda bagi pasangan matawang AUD/USD. Dan juga, perhatikan paras-paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line bagi tambahan panduan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 0.7162, 0.7129, 0.7096.

Paras resistance: 0.7227, 0.7261, 0.7293.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat