Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 20/12/2018

210

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam telah mencatatkan penurunan ke paras terendah yang baru di mana harga telah berjaya breakout paras major RBS (resistance become support) di paras 0.71500. Matawang dollar AUD yang didagangkan berisiko sebelum ini ekoran terkesan oleh ketidaktentuan dalam hubungan dagang AS-China kemudiannya terus menerima tekanan daripada pengukuhan dollar USD di mana harga telah ditekan ke paras lebih rendah. Harga pada mulanya menguji paras resistance MagicR1 sebelum kembali turun dan melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam setelah berjaya breakout paras RBS 0.71500 sehingga mencatatkan paras terendah yang baru sekitar support 0.71000. Data ekonomi Australia yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan data yang bercampur di mana kadar pertambahan pekerjaan meningkat kepada 37,000 pekerja namun kadar pengangguran mencatatkan kenaikan pada kadar 5.1% berbanding 5.0% sebelumnya.

Pada dagangan sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7130 hari ini dan menunjukkan penurunan ke paras support 0.71000. Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah dari paras support 0.71000 tersebut, jangkaan awal harga akan menuju ke paras support seterusnya di sekitar paras 0.7061 (MagicS1) sebelum sedikit lagi penurunan bakal menyentuh paras support 0.7016 (MagicS2). Sekiranya pengukuhan USD terus menekan harga ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras 0.6947 (MagicS3) sebagai destinasi penurunan yang seterusnya.

Namun, jika kembali membuat lonjakan dan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga bakal kembali menguji paras resistance pada 0.7175 (MagicR1) sebagai paras awal kenaikan. Seterusnya lonjakan lebih tinggi harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian di sekitar paras 0.7244 (MagicR2). Namun harga yang masih mengekalkan lonjakan harganya bakal menuju ke paras tumpuan harga di sekitar 0.7288 (MagicR3).

Pantau perkembangan hubungan dagangan AS-China dan juga data-data domestik Australia jika anda ingin terus mencari peluang posisi dagangan pada chart AUD/USD. Lihat juga pada paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7061, 0.7016, 0.6947.

Paras resistance: 0.7175, 0.7244, 0.7288.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat